Friday, November 9, 2012

DUNIA BARU..

Alhamdulillah.. Tamat pengajian dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam pengajian Logistik dan Pengangkutan (HONS) dengan jayanya. Kini, fokus hidup tertumpu kepada kerjaya. Alhamdulillah diterima berkhidmat dan belajar di sebuah syarikat pengangkutan iaitu syarikat Upright Resources Sdn. Bhd. Syarikat baru yang banyak boleh dipelajari.. :)
Dalam masa terdekat cuba untuk membina laman sesawang (Website) syarikat ini, InsyaAllah. cuba memerah idea bersama-sama boss dan rakan-rakan sekerja.

Kepada adik-adik yang masih berada di UUM, semoga berjaya dan dipermudahkan dalam peperiksaan yang bakal mendatang. Buat yang terbaik dan gembirakanlah hati kedua ibu bapa anda. Manfaatkan masa anda dalam dunia pengajian kerana bila dah masuk alam pekerjaan kita akan merindui saat kita belajar. 





No comments:

Post a Comment