Tuesday, August 30, 2011

Aidilfitri...

Assalamualaikum w.b.t

Selamat hari raya.... maaf zahir dan batin... 
Pada hari raya pertama rumah pertama yang saya kunjungi adalah Rumah Allah (Masjid) utk menunaikan solat sunat hari raya.. :) Alhamdulillah...

Selepas itu, kami sekeluarga bermaaf-maafan, sesi bergambar dan mkn bersama (mcm besar jaa) hehehee..

Dalam bulan Syawal yang mulia ini... marilah sama2 kita bergembira bersama insan2 tercinta, saling bermaafan, berkunjungan dan bergembira mengikut landasan syarak... Selain bergembira bersama keluarga, saudara atau rakan, di bulan Syawal kita juga boleh meningkatkan ketakwaan kpd Allah dgn berbuat baik sesama insan dan melakukan amalan2 sunat lain.

Amalan sunat yang boleh dilakukan pada bulan syawal adalah berkunjungan sesama umat, memberi juadah makan kpd org lain, dan paling utama dan biasa kita dgr adalah puasa sunat Enam hari... (Puasa Enam). byk fadhilat drp puasa Enam ini.. Dengan berpuasa enam kita dapatkan meneruskan amalan yg sering kita lakukan dalam bulan Ramadhan... menurut hadis ...

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”


Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.

Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Semoga kita sama2 dpt meningkatkan ketakwaan kpd Allah s.w.t... dan menjadi mukmin yg sejati... InsyaAllah... Wassalam..


Sunday, August 28, 2011

Sekian Lama


Assalamualikum W.B.T

     Alhamdulillah, sekian lama tidak update blog atas sebab kesibukan urusan duniawi akhirnya aku ada gak masa nak tulis something kat sini... Hari ini hari last berpuasa.. Selamat tinggal Ramadhan dan selamat datang Syawal.. Pada saat-saat akhir di bulan Ramadhan yang barakah ni, macam-macam gelagat yang dapat kita lihat disekeliling kita. Ada yang sibuk dengan persiapan Aidilfitri, bermula dengan persiapan diri dengan baju rayanya, aksesori spt kasut, jam tgn, handphone dan sbgnya.. persiapan rumah dengan langsirnya, cat, permaidani dan lain2.. Dalam kita sibuk membuat persiapan ini, wajib untuk kita merenung atau mengenangkan nasib saudara seagama kita yang kurang bernasib baik.. bagaimana dgn persiapan dan suasana perayaan mereka.. dalam masa yg sama perlu terbit rasa syukur dlm diri kita kerana diberi peluang oleh Allah s.w.t kpd kita utk menyambut hari kemenangan ini dgn sempurna.. Sambil itu, perlu kita ingat beberapa perkara, antaranya, Sudahkah kita membayar zakat? bagaimana dengan amalan kita? adakah ianya melayakkan kita utk menyambut hari kemenangan ini? Rata-rata masyarakat kita berhari raya semata-mata menyambutnya atas dasar adat dan budaya. 
     
     Hari Raya Aidilfitri sepatutnya disambut kerana rasa kesyukuran kpd Illahi krn setelah hampir sebulan kita bertungkus lumus mengabdikan diri kpd Allah s.w.t dengan berpuasa, beribadat seperti bertarawih, witir, bertadarus, Qiamulail dan sebagainya. Maka tibanya Syawal lah kita meraikan kemenangan itu dengan merafak rasa syukur kpd Allah krn diberi peluang olehNya untuk menambag amal ibadat kepadaNya sepanjang Ramadhan yg lalu.. Bagi orang mukmin sejati, mereka akan merasa sedih utk meninggalkan Ramadhan kerana bulan Ramadhan amat barakah dan amal ibadat yg di lakukan akan diberi ganjaran oleh Allah menyamai dengan ganjaran beribadat selama seribu bulan. Itulah keistimewaan yg diberi oleh Allah kpd umat Nabi Muhammad S.A.W.. Kita perlu terbit rasa sedih dan bimbang dengan pemergian bulan Ramadhan, kerana belum tentu kita akan berpeluang menemui Ramadhan untuk tahun hadapan, peluang untuk kita beramal di bulan-bulan lain agak terhad. Oleh itu, bersyukur lah dgn ganjaran nikmat yg telah kita perolehi dan berusaha untuk sentiasa meningkatkan amalan kpdNya untuk mendapat kebahagiaan hidup di Dunia dan kehidupan kekal di Sana kelak..

     Dikesempatan ini, ingin sy ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin... Pada yang pulang ke kampung di Hari Raya ini, pandu kenderaan dengan berhemah... Ingatlah Orang yg Tersayang... Biar Lambat Asal Selamat... Wassalam...