Sunday, August 28, 2011

Sekian Lama


Assalamualikum W.B.T

     Alhamdulillah, sekian lama tidak update blog atas sebab kesibukan urusan duniawi akhirnya aku ada gak masa nak tulis something kat sini... Hari ini hari last berpuasa.. Selamat tinggal Ramadhan dan selamat datang Syawal.. Pada saat-saat akhir di bulan Ramadhan yang barakah ni, macam-macam gelagat yang dapat kita lihat disekeliling kita. Ada yang sibuk dengan persiapan Aidilfitri, bermula dengan persiapan diri dengan baju rayanya, aksesori spt kasut, jam tgn, handphone dan sbgnya.. persiapan rumah dengan langsirnya, cat, permaidani dan lain2.. Dalam kita sibuk membuat persiapan ini, wajib untuk kita merenung atau mengenangkan nasib saudara seagama kita yang kurang bernasib baik.. bagaimana dgn persiapan dan suasana perayaan mereka.. dalam masa yg sama perlu terbit rasa syukur dlm diri kita kerana diberi peluang oleh Allah s.w.t kpd kita utk menyambut hari kemenangan ini dgn sempurna.. Sambil itu, perlu kita ingat beberapa perkara, antaranya, Sudahkah kita membayar zakat? bagaimana dengan amalan kita? adakah ianya melayakkan kita utk menyambut hari kemenangan ini? Rata-rata masyarakat kita berhari raya semata-mata menyambutnya atas dasar adat dan budaya. 
     
     Hari Raya Aidilfitri sepatutnya disambut kerana rasa kesyukuran kpd Illahi krn setelah hampir sebulan kita bertungkus lumus mengabdikan diri kpd Allah s.w.t dengan berpuasa, beribadat seperti bertarawih, witir, bertadarus, Qiamulail dan sebagainya. Maka tibanya Syawal lah kita meraikan kemenangan itu dengan merafak rasa syukur kpd Allah krn diberi peluang olehNya untuk menambag amal ibadat kepadaNya sepanjang Ramadhan yg lalu.. Bagi orang mukmin sejati, mereka akan merasa sedih utk meninggalkan Ramadhan kerana bulan Ramadhan amat barakah dan amal ibadat yg di lakukan akan diberi ganjaran oleh Allah menyamai dengan ganjaran beribadat selama seribu bulan. Itulah keistimewaan yg diberi oleh Allah kpd umat Nabi Muhammad S.A.W.. Kita perlu terbit rasa sedih dan bimbang dengan pemergian bulan Ramadhan, kerana belum tentu kita akan berpeluang menemui Ramadhan untuk tahun hadapan, peluang untuk kita beramal di bulan-bulan lain agak terhad. Oleh itu, bersyukur lah dgn ganjaran nikmat yg telah kita perolehi dan berusaha untuk sentiasa meningkatkan amalan kpdNya untuk mendapat kebahagiaan hidup di Dunia dan kehidupan kekal di Sana kelak..

     Dikesempatan ini, ingin sy ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin... Pada yang pulang ke kampung di Hari Raya ini, pandu kenderaan dengan berhemah... Ingatlah Orang yg Tersayang... Biar Lambat Asal Selamat... Wassalam...



No comments:

Post a Comment