Tuesday, November 30, 2010

TEKANAN...

 Assalamualaikum W.B.T
Setiap manusia pasti akan  menghadapi tekanan termasuklah diri kita. Pelbagai jenis tekanan yang akan wujud dalam diri kita sama ada secara nyata mahupun maya. Kita mungkin akan mengalami tekanan perasaan, tekanan jiwa dan sebagainya. Dalam menghadapi tekanan kita perlu bijak mengawalnya jika tidak ia akan membinasakan kita. Oleh itu, hari ini saya ingin membincangkan dan berkongsi beberapa cara yang boleh digunakan dalam mengawal tekanan, terutama bagi sahabat-sahabat yang sedang tertekan dalam menghadapi peperiksaan akhir ini.

1. SENAM
Luangkan masa untuk melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh iaitu BERSENAM. Jika sedang rasa tertekan atau stress dengan exam maka berhentilah daripada study dan keluarlah bersenam / bermain seperti berjogging, main badminton, tennis, bola dll.

2.  GEMBIRA
Jika diri diselebungi dengan tekanan atau stress, maka cubalah untuk menGEMBIRAkan diri sendiri, jangan terlalu bimbang atau sedih dan mudah untuk berputus asa atau give up. Cuba lakukan perkara yang boleh menenangkan diri / Release Tension, perkara-perkara yang menggembirakan seperti bermain, menonton wayang, fikir perkara-perkara yang menyeronokkan dll.

3. BERJENAKA
Cuba untuk berjenaka bersama rakan-rakan dengan harapan dapat melenyapkan rasa tertekan dan stress. BerJENAKA dapat mengurangkan rasa sedih, tertekan, marah atau stress dalam diri kita kerana kita rasa seronok dan gembira.

4. BERSYUKUR
Kita perlu mengamalkan sifat kesyukuran dalam diri kita. Dengan berSYUKUR akan menjadikan diri kita berfikiran positif (Think Positive) dan selalu menganggap apa yang berlaku dan terjadi mempunyai hikmah yang telah ditetapkan.


5. TIDUR
TIDUR merupakan cara akhir yang boleh dilakukan bila menghadapi tekanan. Dengan tidur kita dapat mengosongkan fikiran kita dan tidur dapat menghilangkan masalah kita. Sebagai umat Islam kita disaran melakukan solat sunat sebelum tidur seperti solat Istikharah, Hajat dll dan bermohon agar masalah yang dihadapi ditunjukkan jalan penyelesaian dan memohon petunjuk Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment